Select Page

Apa itu Program Al Quran 365?

Program ini adalah satu program yang telah disusun secara holistik dan komprehensif yang akan memberikan panduan kepada rangkaian Al Baghdadi tentang strategi penting dan berkesan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan di dalam meningkatkan prestasi centre anda di dalam tempoh yang diinginkan.

Jika perancangan rapi dan strategi yang tepat tidak dijalankan, centre akan kerap berhadapan dengan usaha yang tidak berhasil. Walaupun pendaftaran dan pengambilan kelas telah dibuka, iklan telah dibuat, tetapi pendaftaran masih slow.

Ini selalunya jadi mungkin kerana ada beberapa langkah penting yang sebenarnya mudah yang belum anda dilakukan.

Oleh itu, Program Al Quran 365 menyediakan pelatihan dan bimbingan berstruktur pada sahabat rangkaian Al Baghdadi oleh Al Baghdadi Negeri untuk memastikan rangkaian dapat memberi manfaat minimum kepada 200 orang di centre anda setiap tahun. InsyaAllah

Apakah penyelesaian yang anda akan pelajari daripada program Al Quran 365 ini?

  • Bagaimana nak mendapatkan respon yang banyak di FB?
  • Bagaimana nak memberitahu penduduk di sekitar tentang Teknik Al Baghdadi dengan berkesan?
  • Cara terbaik menyediakan pelan tindakan yang teratur.
  • Strategi bina pasukan yang mantap bermula dari bawah.
  • Memastikan setiap pelajar berpuas hati dengan nilai pelaburan pembelajaran yang mereka keluarkan.

Anda akan diajar secara praktikal oleh para Specialist dan Team pakar-pakar yang telah berjaya merujuk kepada pengalaman yang telah mereka lalui. Jangan buang masa dengan taktik atau strategi yang kurang hasilnya atau kurang berjaya.

Al Quran 365 perkenalkan 5 Program Yang Mesti di hadiri pengusaha Al Baghdadi kerana program ini telah disusun rapi daripada pengalaman bertahun-tahun dalam pengurusan centre

1. Facebook Ads Awesome

Tak pernah buat iklan guna FB ADS atau dah lama iklan guna Facebook. Tapi yang datang jadi pelanggan 3 orang je. Bajet untuk iklan FB Ads pun dah tingkatkan dah banyak habis, tapi yang datang masih 3 4 orang je. Apa yang perlu anda buat?

Teramatlah rugi jika anda tidak hadir ke FB ADS AWESOME kerana kami akan buat bersama anda secara praktikal

  • Bagaimana manfaatkan FB Page
  • Buat borang daftar online kepunyaan anda sendiri
  • Kami kongsikan Copywriting yang telah terbukti berkesan
  • Kita buat sama-sama satu persatu macam mana nak setting iklan supaya kos iklan anda tersangat murah.
  • Sama-sama kita pilih sasaran prospek yang berkualiti tinggi yng akan memenuhkan centre anda

Anda akan diajar oleh specialist secara praktikal satu persatu, step by step sehingga anda berjaya buat apa yang kami tunjukkan. Jangan buang masa dengan taktik atau strategi yang kurang hasilnya atau kurang berjaya.

2. High Impact Preview

Penting untuk anda menjadi seorang speaker yang handal dan professional. Apabila anda menjadi presenter yang professional, pendengar akan mudah untuk mengikuti arahan yang anda berikan sehingga anda berjaya mencapai objektif anda.

Jangan risau. Kami akan bentuk anda dan akan memastikan anda berjaya menjadi seorang speaker yang handal dan professional. Anda akan dibimbing dan diberikan tips-tips yang menyengat oleh pakar-pakar yang sangat berpengalaman di dalam program HIGH IMPACT PREVIEW.

  1. Bagaimana menangani Darah Gemuruh, Kecut Perut & Malu sebelum & semasa berucap di Khalayak ramai.
  2. Bagaimana menyampaikan skrip teks ucapan dengan tersusun dan simple.
  3. Bagaimana menjawab soalan daripada audiens supaya bertukar dari mahu kepada perlu.
  4. Bagaimana berinteraksi dengan audiens dengan Berkesan.
  5. Mengetahui perkara – perkara yang perlu DIELAKKAN semasa buat pembentangan.
  6. Bagaimana menggunakan Audio Visual yang Berkesan agar audiens tidak bosan dengan pembentangan anda.
  7. Mengetahui 10 Kesilapan BESAR Dalam Pengucapan Awam.

Anda akan dibimbing oleh specialist secara praktikal satu persatu, step by step sehingga anda berjaya buat apa yang kami tunjukkan.

3. Skillful Presenter

Kami mempunyai kepakaran untuk membimbing anda sehingga mampu menguasai sepenuhnya cara mengajar menggunakan kaedah Teknik Al Baghdadi. Penting untuk menarik perhatian & minat pelajar agar kelas berjalan dengan baik.

  • Bagaimana ingin menyampaikan Teknik dengan berkesan
  • Mengajar dengan suasana yang seronok
  • Bagaimana ingin membuat pengulangan yang banyak
  • Pembahagian masa pembelajaran
  • Teknik menarik minat pelajar supaya pelajar menghabiskan kesemua sesi pembelajaran.

Specialist anda akan menurunkan semua ilmu yang mereka ada berdasarkan pengalaman yang lama bersama pengasas Teknik Al Baghdadi.

4. Powerful Outreach

Tahukah anda pemasaran menggunakan medium “outreach program” juga sangat berkesan dan kos pengiklanan yang sangat murah. Anda juga tidak perlu meluangkan masa dan “man power” yang banyak untuk menggunakan medium ini.

  • Menyediakan tools yang berkesan
  • Strategi pelaksanaan berkesan
  • Praktikal “close deal yang super power”

Specialist anda akan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana nak buat dan memberikan ayat-ayat POWER sehinggakan penerima surat tidak sanggup menolak program yang ditawarkan. Semua sekali langkah berjaya yang mereka ada mereka akan kongsikan dengan anda.

5. Classy S.O.P

Standard Operating Procedure (S.O.P) adalah satu set arahan langkah demi langkah disusun oleh Organisasi untuk membantu pekerja-pekerja menjalankan operasi rutin.

 

  • Pekerja akan melakukan kerja dengan lebih EFEKTIF.
  • Mengurangi melakukan kesalahan.
  • Meningkatkan EFISIEN pekerja.
  • Gerak kerja lebih SMART.

Specialist anda akan menerangkan satu persatu kaedah dan buat bersama anda langkah demi langkah sehingga anda faham dan boleh mengurus operasi centre anda bertaraf dunia.

Jadual AlQuran 365

Lihat jadual pelatihan di Negeri anda

Pastikan anda lock jadual anda